SIAPA MANUSIA BERTAKWA???
>> Rabu, 3 Disember 2008
Oleh: Ibnu Najm
Takwa membawa maksud takut, iaitu takutkan azab dan seksa Allah. Ia
juga merangkumi makna memelihara diri daripada menghampiri
ataupun melakukan apa jua bentuk kemungkaran dan maksiat zahir dan batin.
Maka, manusia yang hendak mencapai darjat taqwa perlu berusaha sedaya upaya
mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya
dengan penuh keikhlasan. Di dalam kitab suci-Nya, Allah ada
menjelaskan tentang beberapa sifat atau cirri orang yang bertakwa. Di antara ayat
berkenaan ialah firman Allah yang bermaksud:
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang
syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang kesempurnaannya); Ia
pula menjadi pertunjuk bagi orang-orang
(hendak) bertakwa, iaitu orang-orang yang
beriman kepada perkara-perkara yang
ghaib, dan mendirikan (mengerjakan)
sembahyang serta membelanjakan
(mendermakan) sebahagian daripada
rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga orang-orang yang beriman
kepada kitab “Al-Quran” yang diturunkan
kepadamu (wahai Muhammad), dan kitabkitab
yang diturunkan dahulu daripadamu,
serta mereka yakin akan (adanya) hari
akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka
itulah yang tetap mendapat pertunjuk dari
Tuhan mereka, dan merekalah orangorang
yang berjaya.” (S. Al-Baqarah: 2-
5).
Manusia yang bertakwa
pastinya juga adalah orang yang beriman.
Mereka percaya serta yakin terhadap
perkara-perkara yang ghaib seperti balasan syurga dan neraka. Sebab itu
mereka mengerjakan solat dan
mengeluarkan zakat di samping percaya
sungguh-sungguh kepada kitab-kitab
Allah iaitu Al-Quran, Zabur, Taurat dan
Injil. Dan orang yang bertakwa dianggap
sebagai orang yang berjaya kerana akan
beroleh pertunjuk dari Allah s.w.t.
Dalam ayat yang lain, Allah
berfirman yang bermaksud:
“Dan bersegeralah kamu kepada
(mengerjakan amal-amal yang baik
untuk mendapat) keampunan dari Tuhan
kamu, dan (mendapat) syurga yang
bidangnya seluas seluruh langit dan
bumi, yang disediakan bagi orang-orang
yang bertakwa, iaitu orang-orang yang
mendermakan hartanya pada masa
senang dan susah, dan orang-orang yang
menahan kemarahannya, dan orangorang
yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi
orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik. Dan juga orang-orang yang
apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera
ingat kepada Allah lalu memohon ampun
akan dosa mereka dan sememangnya
tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa
melainkan Allah dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka
telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan
akibatnya). Orang-orang yang demikian
sifatnya, balasannya ialah keampunan dari
Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; yang demikian
itulah sebaik-baik balasan (bagi) orangorang
yang beramal.” (S. Ali Imran: 133-
136).
Melalui ayat ini, Allah memberikan
beberapa lagi cirri orang yang bertakwa. Di
antaranya ialah orang yang bertakwa itu
mempunyai sifat pemurah dalam apa jua
situasi dan kondisinya. Mereka juga
sentiasa menahan rasa marahnya dan suka
memaafkan kesalahan orang. Orang yang
bertakwa juga sentiasa memohon
pertolongan dan keampunan kepada Allah
di samping segera bertaubat jika
merasakan telah melakukan kesalahan dan
dosa.
Dengan adanya penjelasan dari
Allah tersebut,kita akan dapat menilai
sejauh mana tahap ataupun kedudukan
takwa yang kita miliki. Hasil penilaian itu
nanti boleh dimanfaatkan untuk
memperbaiki segala kelemahan yang ada
hatta bersungguh-sungguh mengabdidiri
kepada Allah s.w.t dengan iman serta niat
yang ikhlas mencapai darjat takwa yang
sebenar.
Tegasnya, setiap individu muslim perlu
berusaha meningkatkan keimanan dan
ketakwaan masing-masing kepada Allah
s.w.t dengan melaksanakan perkaraperkara
yang diperintahkan-Nya dan
meninggalkan perkara-perkara yang
ditegah-nya. Dengan adanya usaha
yang bersungguh-sungguh dan
berterusan ke arah itu kita akan insya
Allah beroleh kesejahteraan hidup di
dunia dan di akhirat. Ini kerana Allah
akan membuka pintu-pintu rahmat dan
kurnia-Nya serta keberkatan rezeki dari
langit dan bumi bagi mereka yang
bertakwa. Pada masa sama, Allah turut
mengingatkan bahawa azab dan seksa-
Nya akan ditimpakan pada bila-bila
masa kepada penduduk-penduduk yang
ingkar dan melakukan maksiat. Hal ini
terungkap pada firman Allah yang
bermaksud:
“Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya
penduduk negeri itu, beriman serta
bertakwa, tentulah Kami akan
membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah
berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi
mereka mendustakan (Rasul Kami),
lalu Kami timpakan mereka dengan
azab siksa disebabkan apa yang
mereka telah usahakan.” (S. Al-A’raaf:
96).
Mudah-mudahan kita tergolong
orang-orang yang beriman dan bertakwa
agar diredhai Allah dan beroleh balasan
yang lebih bermakna di akhirat kelak,
iaitu syurga yang kekal abadi
0 ulasan:
Catat Ulasan